
Pada 21 Februari 2025, telah berlangsung Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada 5 pelajar asnaf IUKL, di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Majlis yang diadakan di Park Inn by Radisson Putrajaya ini turut dihadiri oleh wakil LZS dan barisan pengurusan tertinggi IUKL, antaranya:
- Dr. Ts. Hafez Abd Rahman – Eksekutif Jabatan Pengurusan Pendidikan LZS
- Ustaz Mohd Hairulazlan Ramlan – Ketua Jabatan Perundingan Zakat, Divisyen Kutipan LZS
Barisan pengurusan tertinggi IUKL:
- AP Dr. Suraya Amirrudin – Pemangku Presiden & Naib Canselor
- AP Hj. Md. Pilus Md. Noor – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Ts. Dr. Ng Khai Mun – Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan)
- Pn. Haliza Haron – Pendaftar
- AP Dr. Kamaljeet Kaur – Pemangku Naib Presiden
Turut hadir adalah staf IUKL serta 5 pelajar asnaf IUKL yang menerima sumbangan.
Bantuan ini bukan sekadar penyerahan komputer riba, tetapi juga satu tanda sokongan moral kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Dalam era digital ini, akses kepada teknologi amat penting bagi memudahkan proses pembelajaran dan penyelidikan mereka.
Acara diserikan dengan sesi ramah mesra antara pelajar dan pihak LZS sebelum sesi penyerahan simbolik mock-up cheque dan komputer riba kepada pelajar-pelajar terpilih dari pihak LZS dan IUKL.
Terima kasih kepada LZS dan Unit Zakat IUKL atas usaha murni ini. Semoga bantuan ini memberi manfaat besar kepada para penerima!








