
Pada 16 Ogos 2023, Pusat Zakat IUKL telah mengadakan Majlis Agihan Zakat yang bertempat di Block 11, IUKL. Majlis ini bertujuan untuk menyokong pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dengan meringankan beban mereka dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.