Infrastructure University Kuala LumpurInfrastructure University Kuala Lumpur

2025 INTAKE! WHY STUDY IN IUKL

QS 5 Stars Rating in Facilities & Teaching category
Tuition Fee Waiver

50% Tuition Fee waiver available for Malaysian & International students

RM100 Registration

Kickstart your course with just RM100

100% Scholarship

IUKL offers scholarships to deserving high performing Malaysian students

Ask about our Intake

OPENING HOURS

Mon-Fri 9:00AM - 5:00PM
Closed on Weekends & Public Holidays
Programme Counselling:
Malaysia: +6019 388 3435
International: +6014 329 3375

Questions? WhatsApp: 019 388 3435
  • CURRENT STUDENTS
  • APPLY ONLINE
  • 建大中国办事处建大中国官方语言中心
  • Welcome To IUKL
    • About IUKL
      • History
      • Why IUKL?
      • University Management
      • Logo Rationale & IUKL Song
      • Achievements & Awards
      • Testimonials
      • Video Gallery
      • Career Opportunities
    • Programmes
      • Pre-University
      • Undergraduate Programmes
      • Postgraduate Programmes
      • Micro-Credentials
      • Short & Advanced Courses
      • Collaborative Programme
      • World Affiliations
      • Faculties and Centres
      • Download Prospectus
    • Admissions
      • Malaysian Students
      • International Students
      • APEL C
      • Penjana Kerjaya PERKESO
      • Scholarships and Loans
      • Application Forms
      • Online Application
      • Frequently Asked Questions
    • Campus News
  • Student Resources
    • Academic Calendar
    • Scholarships and Loans
    • On-Campus Accommodation
      • IUKL Residence @ Unipark Condo
    • Facilities
    • Student Management & Services (STAM)
    • ICT Centre
    • Events & Happenings
    • IUKL Counselling Services
    • Convocation
    • Bursary
    • Alumni
    • Library
    • Shuttle Bus Services
    • Student Representative Council (SRC)
  • Get In Touch
    • Contact Us
    • Location Map
    • In & Around IUKL
      • Shuttle Bus Services
      • Cab/Grab/MyCar
      • Commuter Rail to IUKL Map
PROSPECTIVE
STUDENTS

Home » Media News » Guru Cemerlang, Pelajar Cemerlang

Guru Cemerlang, Pelajar Cemerlang

IUKL / Saturday, 10 December 2022 / Published in Media News

10 Disember 2022, Kuala Lumpur – Tema sambutan Hari Guru 2022 iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ adalah sangat bertepatan dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di Malaysia. Dalam konteks persekolahan, terma SEJAHTERA merupakan satu terma yang mengangkat penjiwaan amalan baik yang merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri pelajar-pelajar. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan kesemua elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan pelajar-pelajar di sekolah dan luar sekolah. Setiap guru perlu mempunyai semangat guru yang kuat dalam diri masing-masing kerana jika ia hilang, tidak mustahil mereka boleh berputus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa.

Program Profesionalisma Guru Siri ke-2 bertajuk Good Practices To Enhance Performance yang diadakan pada 10 Disember 2022 di Hotel Sfera, Seri Manjung, Perak merupakan kesinambungan kepada Siri Pertama yang telah dijalankan pada 30 dan 31 Mei 2022 melalui kaedah dalam talian. Program yang dilaksanakan oleh Insfrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) pada kali ini menggunakan kaedah hybrid. Seramai 135 orang guru dari sembilan (9) buah sekolah iaitu SMK Pantai Remis, SMK Ambrose dan SMK Pangkor dari daerah Manjung; SMK Seri Londang, SMK Lambor Kiri dan SMK Changkat Lada dari daerah Perak Tengah; dan SMK Rungkup, SMK Khir Johari dan SMK Hutan Melintang dari daerah Bagan Datuk telah menghadirkan diri bagi mengikuti program tersebut sama ada secara bersemuka dan juga secara dalam talian. IUKL merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) untuk menjayakan Program empowerNCER Akademik.

Naib Canselor IUKL, Profesor Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub telah mengenengahkan pensyarah-pensyarah IUKL yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan Profesor Dr. Siti Maziha Mustapha dan Dr. Suraya Amirrudin untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru terlibat tentang strategi-strategi yang boleh digunakan untuk memotivasi pelajar-pelajar dan juga memotivasi diri guru-guru sendiri agar mereka dapat terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Prof. Madya Dr. Karthiyaini Devarajoo yang merupakan bekas guru SMK Ambrose menyatakan rasa terharu beliau kerana masih dapat mencurah bakti kepada guru-guru sekolah di daerah kelahirannya. Beliau turut serta membantu penceramah-penceramah menyediakan bahan- bahan untuk latihan tersebut.

“Objektif-objektif program yang diadakan ini sangat menepati matlamat Program empowerNCER Akademik yang telah ditetapkan”, ulas YBhg. Datin Shahdee Dato’ Ahmad selaku Pengarah Bahagian Modal Insan NCIA.

Wakil daripada Yayasan PETRONAS yang menaja penuh Program empowerNCER Akademik ini, YM Tengku Noraida Tengku Mahmood menghargai usaha yang dilakukan oleh IUKL untuk menganjurkan Program Profesionalisma Guru ini.

Bulletin

  • Simple Facts about COVID-19
  • Campus News

Get Answers to your Questions



    QUICK LINKS

    • Why IUKL?
    • Academic Calendar
    • Events & Happenings
    • Scholarships and Loans
    • Online Application

    ADDITIONAL INFO

    • Student / Staff Login
    • Parent Login
    • Career Development
    • Career Opportunities

    GET IN TOUCH

    Infrastructure University Kuala Lumpur
    Block 11, Infrastructure university Kuala Lumpur,
    De Centrum City, Jalan Ikram-Uniten,
    43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan,
    Malaysia.

    [email protected] (Malaysia)
    [email protected] (International)

    • GET SOCIAL
    Infrastructure University Kuala Lumpur

    Copyright © 2025 Infrastructure University Kuala Lumpur. All Rights Reserved.
    IKRAM EDUCATION SDN BHD 199601029991 (402343-M)
    MOHE Approval Registration No: DU035(B), KDN Approval No: KDN(S):100/855/2-215

    TOP