Dari kiri: Pendaftar IUKL, Tuan Hj Md. Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan), Profesor Dr. Ideris Zakaria dan Ustaz Sabri menerima hadiah dan sijil penghargaan dari Lembaga Zakat Selangor.Tabung Amanah Zakat Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) telah dinobatkan sebagai pemenang Prestasi Kutipan Terbaik 2017 untuk kategori Penolong Amil, Institut Pengajian Tinggi, Selangor.

Imam Masjid Ikram, Ustaz Sabri Adnan berkata penghargaan tersebut adalah dari segi kutipan, agihan, komitmen dan pelbagai kriteria sepanjang tahun 2017.

Beliau berkata kutipan zakat ini terbuka kepada mana-mana agensi di bawah naungan Lembaga Zakat Selangor.

IUKL menerima anugerah tersebut di Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor 2017 yang diadakan di Dewan Perdana, Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam, baru-baru ini.