KUALA LUMPUR 5 Sept. Seramai 837 graduan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menerima ijazah dan diploma masingmasing dalam Majlis Konvokesyen Ke13 universiti berkenaan hari ini. Mereka terdiri daripada graduan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Seni Bina dan Alam Bina? Fakulti Seni, Komunikasi dan Pendidikan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan serta Fakulti Media Kreatif dan Teknologi Inovatif. Majlis penyampaian ijazah berkenaan disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselomya, Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin dan turut dihadiri Canselor IUKL, Tan Sri Ir. Wan Abdul Rahman Wan Yaacob serta Pro Canselor IUKL, Datuk Ir. Lee Yee Cheong.
Terdahulu, Roslan semasa berucap dalam majlis itu berkata, IUKL telah memberi penekanan dalam bidang penyelidikan dan kejayaannya terbukti apabila meraih dua pingat emas dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institut Pengajian Tinggi Swasta (Perintis 2014). “Pencapaian IUKL turut terserlah melalui Jabatan Seni Bina Landskap yang meraih dua pingat emas di Royal Floria 2015 di Kyoto, Jepun pada bulan Jun yang lalu. “Pelbagai memorandum persefahaman (MoU) juga dijalinkan oleh IUKL bersama pelbagai institusi dan industri di peringkat global untuk meraih peluang keijaya yang cerah buat para graduan,” katanya.
Majlis konvokesyen tersebut juga buat julung kalinya menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Pengurusan kepada bekas Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat dalam sidang pertama majlis tersebut. Sementara itu, Roslan berkata, programme pengajian di IUKL adalahbersifat serba boleh dengan modul pembelajaran yang terkini sejajar dengan perkembangan semasa yang kian mencabar agar graduan bersedia untuk pasaran pekerjaan.
“IUKL turut akan membangunkan beberapa programme baharu antaranya Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam Komunikasi, Ijazah Teknologi Maklumat, Ijazah Sains dan Sumber Air serta Sarjana Muda dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Kepada Penutur Bahasa Lain,” katanya. Dalam majlis itu, graduan cemerlang, Ann The YinLi dipilih sebagai penerima Anugerah Canselor dengan pencapaian purata nilai gred kumulatif (CGPA) 39. Empat lagi graduan menerima Anugerah Naib Canselor iaitu Fatimah Aliaa Azlan, Abdul Salam, Chai Kah Wai dan Kor Pui Yeng.