BANGI, 9 Sept (Bernama) – Seramai 1,050 graduan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-15 universiti itu hari ini.

Daripada jumlah itu, empat orang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (54), ijazah sarjana muda (679) dan diploma (313), meliputi 55 peratus graduan tempatan dan selebihnya penuntut daripada 30 buah negara di seluruh dunia.

Mereka terdiri daripada graduan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur; Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan; Fakulti Seni, Komunikasi dan Pendidikan; Fakulti Seni Bina dan Alam Bina. Fakulti Perniagaan dan Perakaunan serta Fakulti Media Kreatif dan Teknologi Inovatif.

Majlis penyampaian ijazah dan diploma berkenaan disempurnakan oleh Canselor IUKL, Tan Sri Ir Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dengan disaksikan Naib Canselor IUKL, Prof Dr Roslan Zainal Abidin dan Pro Canselor IUKL Datuk Ir Lee Yee Cheong.

Pada majlis itu, graduan cemerlang, Phoebe Shafinaz Jasni dan Lai Jet Kee dipilih sebagai penerima Anugerah Naib-Canselor selepas masing-masing memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 dan 3.90…..

Untuk berita penuh, klik di sini.

Source: Bernama